"just call me Hafiz,that's will make you feel so close with me..http://estsince1988@yahoo.com "
Sabtu, 4 April 2009
Nilai sayang
Suatu hari saya mendapat satu mesej daripada seorang perempuan.Mesejnya berbunyi begini :
Awak jawab soalan,
Berapa banyak sayang
Dalam hati awak
Untuk saya?
Pilih jawapan..
100% (call sekarang)
50% ( hantar mesej)
25% ( miss call je)
0% (diam)
Mesej seperti ini memang nampak mudah dan ringkas tetapi kesimpulan yang saya buat adalah perempuan sebenarnya tidak pernah tahu bahawa lelaki (tak kira orang yang dah kawen @ lelaki bujang yang ada teman wanita) sangat sayang pada diri mereka.Perempuan tidak pernah tahu apakah sebenarnya makna SAYANG. Saya tidaklah pandai dalam membicarakan tentang sayang tetapi secara peribadinya saya berpendapat bahawa perempuan terlalu taksub untuk meminta pasangan mereka(lelaki) untuk menuturkan perkataan perasaan sayang terhadap diri mereka.
Saya fikir semua ini terlalu mengarut untuk diteruskan.Mengarut maksud saya ialah perempuan menganggap perasaan sayang seumpama sejenis permainan pondok-pondok dan tidak perlu memahaminya dengan lebih mendalam.Perempuan asyik bertanya pada pasangan mereka tentang perasaan sayang.Saya tidak menyalahkan pihak perempuan sahaja dalam menilai perasaan sayang seseorang, tetapi perlu diingatkan bahawa perasaan sayang yang datang dari hati memang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Memang ada lelaki yang dapat mengucapkan sayang kepada pasangan mereka secara terus,mungkin cara begini perempuan menganggap “gentleman”,tetapi perempuan harus tahu ucapan yang diucap oleh pasangan anda tersebut adakah benar-benar ikhlas?Merujuk kepada mesej di atas,apabila saya dapat mesej tersebut, saya membalas kembali mesej dengan jawapan “TAK SAYANG”.Biasalah perempuan kalau kita cakap tak sayang semestinya asyik buat muka atau merajuk.
Persoalannya apakah perempuan perlu merajuk jika mereka sendiri yang tidak tahu adakah pasangan mereka (lelaki) menyayangi diri mereka?Apa pendapat anda?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
xkan ari2 nk pelahap benjo..~
haha...
btol jugak kate2 ep nih..
mcm lar btol mamat tu btol syg kat dea..
Catat Ulasan