Sabtu, 18 April 2009

Cinta umpama tunggu bas??


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak
katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain.
" Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak
bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas
tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt...
mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.
" Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu
dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. J
adi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang
untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin
bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik,
(terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu
peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak
dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu
awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas
tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman
yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah
bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak
nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,
awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak
nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya
terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan,
awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

adopted from unknown source

2 ulasan:

Liyana Zakaria berkata...

bkan2..
diorg bkn 1 klas ngn yana..

tp diorg housemate yana..
diorg SKE2E..

Miz Myhani Hussin berkata...

ada betulnya jugak..