Jumaat, 24 April 2009

Cinta Yang Buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran.Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. “Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu
masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada
lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan bawal dan sayur masak asam bang”…

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan bawal dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan
berkata, “Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. ” Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan
makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.

Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba- tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati, garu
ketiak kamu” “Apa-apalah abang ni ?” tanya Yati tak faham. “Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,… … .. “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini… … .. .boleh saya jumpa dia” Amin: ??
tang… tang… tang.. Sesungguhnya Cinta itu

Butaaaa… …. … . ”
walaupun buta masih ingat kat awek… syabas lah
si buta…

diambil daripada sumber web dynn

1 ulasan:

bLaCk Diamond berkata...

SAYA MASIH SOLO LAGI.TGH MENCARI.HEHEHEE