Tarikh 12 Disember 2008 yang ditunggu telah berlalu.Macam2 perasaan ada,mula2 rasa gembira sebab suasana yang memberikan 1001 tekanan dah tamat,bermakna zaman skema dah habis.Tapi bila nak tinggalkan Kompleks TM Brickfields ni rasa sayu pun ada juga.Walaupun duduk secara skema kat sana lebih kurang 5 bulan namun kenangan tetap ada ditinggalkan.
Bukan orang je yang cakap,saya pun cakap gembira dapat kerja kat Tingkat 8,projek NIS Data Migration Team(walaupun saya takde kerja kat situ sekadar memenuhi keperluan praktikal je).Gembira bukan sebab takde kerja tapi sebab orang2 kat situ orang cakap sumer ok2 belaka,sempoi,pengurus2 kat situ memang tak kerek saya citer kat korang.
Diorang sumer ramah2 belaka,saya je la kurang nak bercakap,bukan sombong tapi jenis malu sikit,Cuma kalau ada idea saya pun tak berat mulut nak cakap.Walaupun saya kurang dapat kerja kat situ tapi sekurang2nya dapat tahu cara dan suasana orang kerja sudah la.Saya rasa kalau dapat kerja kat tempat macam kat Tingkat 8 projek NIS ni confirm saya seronok.
Sekarang dah abis praktikal ni nak kena siapkan laporan akhir pulak.Hari Jumaat hari tu abis saya terus botakkan kepala untuk tunjukkan semua beban yang menyeksakan telah habis hehe.Setakat ni saya tengah berusaha siapkan laporan akhir,lepas tu nak balik perak pulak,nak buat jilid laporan dan nak cari rumah sewa.Pape pun saya tetap gembira kerana Berjaya habiskan praktikal dengan selamat di dalam lindungan Allah s.w.t,Amin.
Saya yang tulis,
EP@estsince1988
Tiada ulasan:
Catat Ulasan