Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi
Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini
Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula
Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa
Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan
Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula
The story has begin...Hafiz Kamal
"just call me Hafiz,that's will make you feel so close with me..http://estsince1988@yahoo.com "
Selasa, 2 November 2010
Khamis, 24 Disember 2009
Memori kita..
Assalamualaikum..
Setelah sedar daripada lena, baru saya ingat, 3 tahun bersama rakan2 telah berlalu..
Rasa macam baru semalam..tapi memori tersebut masih segar di ingatan..tak tau kenapa saya dengan tiba2nya ingin meluahkan sesuatu melalui tulisan ini..
Saya pun tak tau kalau2 tulisan saya ini akan menyebabkan saya diketawakan berkali2 oleh rakan2 sekelas saya(sudah tentu la memba2 DTK)..saya rasa tak sampai sebulan pun kitorang berpisah tapi kehilangan tetap terasa..
ntah pape jea asyik nak ingat memori dengan rakan2 DTK..tp nasib baik saya masih slumber jika dibandingkan dengan "Mr.Pizza"..bila dia ingat kat memba2 DTK jea mata dia asyik berair jea.emo betoi mamat nih hahaha..muka ganas tapi hati taman..sebenarnya..saya pun sama..rasa seronok bila sama2 dengan memba2 DTK..KEHILANGAN YANG AMAT MENDALAM....
Saya tak pasti perasaan rakan2 DTK yang lain..tapi secara puratanya mesti ada rasa sedih juga..Sesape yang baca artikel ni,tak kira la memba2 DTK atau x,sila bagi sesuatu komen agar kita tak rasa sangat kehilangan yang bermakna 2..dan memba2 yang baca nie rajin2 la contact memb2 yang lain ok..
Tak mo ah citer panjang2,karang "Mr.Pizza" baca dia sedih plak...LOL hahahahahahah..
saya yang tulis,
hafizemkay.
2.05a.m
25 dec 09
Label:
last sem,
member,
memori,
my future,
sebenarnya
Sabtu, 21 November 2009
Selasa, 17 November 2009
Selasa, 10 November 2009
Ahad, 4 Oktober 2009
HARI BERCAKAP BENAR SEDUNIA
Saya dapat mesej daripada seorang perempuan yang pernah menyayangi saya pada suatu masa dahulu ( mungkin sekarang dia masih menyayangi saya ). Mesejnya berbunyi :
“ Kalau hari ini HARI BERCAKAP BENAR SEDUNIA, apa yang akan awak akan cakap dan beritahu kepada saya?”
Mesej ini memerlukan saya menghantar kepada rakan – rakan yang saya kenali, hanya sebagai untuk mengetahui jawapan yang benar ( saya harap benar lah apa yang rakan -rakan saya balas hehe). Di akhir mesej, perempuan tersebut saya membalas mesej tersebut terlebih dahulu kepadanya sebelum saya menghantar kepada rakan -rakan yang lain.
Mesej yang saya balas adalah :
“ Saya akan cakap dan beritahu kepada awak yang saya sentiasa menyayangi diri awak, tapi bila saya nampak perempuan lain dan perempuan itu suka dekat saya, saya rasa jatuh cinta pada perempuan tersebut..tetapi tiba - tiba awak muncul difikiran saya, saya rasa amat bersalah kepada awak sebab awak sayang sangat dekat saya...”
Saya betul – betul rasa bersalah sebab perempuan tersebut benar -benar menyayangi saya. Pada saya dia seorang perempuan yang sangat setia dan patut dihargai..
saya yang tulis,
hafizemkay.
Label:
bersalah,
diri saya,
kasih sayang,
sayang
Jumaat, 2 Oktober 2009
Secebis Kasih Sayang
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
Artikel disalin dan diambil daripada Koleksi-Koleksi Terbaik
Label:
diri saya,
kakak,
kasih sayang,
sayang,
sebenarnya
Langgan:
Catatan (Atom)