Sabtu, 18 April 2009

Cinta umpama tunggu bas??


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak
katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain.
" Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak
bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas
tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt...
mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.
" Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu
dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. J
adi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang
untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin
bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik,
(terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu
peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak
dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu
awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas
tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman
yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah
bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak
nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,
awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak
nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya
terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan,
awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

adopted from unknown source

The 38th Ungku Omar Polytechnic Convocation




Tahniah untuk semua graduan PUO terutamanya kepada kawan-kawan kami iaitu mohd azwan @ ajuan dan abd aziz farhan @ pa'an.Mereka berdua dah dapat diploma dan dah kerja pun sekarang,so diorang la yang jadi mangsa (kena belanja kawan2 yang dok study lagi hehe) bila datang bertandang ke rumah kitorang.Kitorg segan gak asyik belanja tapi dia nak belanja jugak,so terima je la..

Sabtu, 4 April 2009

Nilai sayang


Suatu hari saya mendapat satu mesej daripada seorang perempuan.Mesejnya berbunyi begini :

Awak jawab soalan,
Berapa banyak sayang
Dalam hati awak
Untuk saya?

Pilih jawapan..
100% (call sekarang)
50% ( hantar mesej)
25% ( miss call je)
0% (diam)

Mesej seperti ini memang nampak mudah dan ringkas tetapi kesimpulan yang saya buat adalah perempuan sebenarnya tidak pernah tahu bahawa lelaki (tak kira orang yang dah kawen @ lelaki bujang yang ada teman wanita) sangat sayang pada diri mereka.Perempuan tidak pernah tahu apakah sebenarnya makna SAYANG. Saya tidaklah pandai dalam membicarakan tentang sayang tetapi secara peribadinya saya berpendapat bahawa perempuan terlalu taksub untuk meminta pasangan mereka(lelaki) untuk menuturkan perkataan perasaan sayang terhadap diri mereka.

Saya fikir semua ini terlalu mengarut untuk diteruskan.Mengarut maksud saya ialah perempuan menganggap perasaan sayang seumpama sejenis permainan pondok-pondok dan tidak perlu memahaminya dengan lebih mendalam.Perempuan asyik bertanya pada pasangan mereka tentang perasaan sayang.Saya tidak menyalahkan pihak perempuan sahaja dalam menilai perasaan sayang seseorang, tetapi perlu diingatkan bahawa perasaan sayang yang datang dari hati memang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Memang ada lelaki yang dapat mengucapkan sayang kepada pasangan mereka secara terus,mungkin cara begini perempuan menganggap “gentleman”,tetapi perempuan harus tahu ucapan yang diucap oleh pasangan anda tersebut adakah benar-benar ikhlas?Merujuk kepada mesej di atas,apabila saya dapat mesej tersebut, saya membalas kembali mesej dengan jawapan “TAK SAYANG”.Biasalah perempuan kalau kita cakap tak sayang semestinya asyik buat muka atau merajuk.

Persoalannya apakah perempuan perlu merajuk jika mereka sendiri yang tidak tahu adakah pasangan mereka (lelaki) menyayangi diri mereka?Apa pendapat anda?

Selasa, 10 Mac 2009

Saya suka..

Saya percaya dalam diri anda mesti anda ada sukakan sesuatu,bezanya kesukaan anda itu boleh diperolehi atau tidak.Dalam hidup saya yang normal sekarang,saya suka kepada perempuan,kegembiraan,kesihatan dan macam-macam lagi.Cuma kadang-kadang perkara yang kita suka belum tentu kita perolehi.

1.Saya memang suka tengok perempuan.Walaupun tabiat saya tersebut sering disalah tafsir oleh perempuan tapi saya tetap teruskan juga.Biasalah tengok perempuan,saya suka tengok mereka punya perangai,cara berjalan,cara berpakaian dan cara bercakap.Tengok muka perempuan pun seronok juga tapi saya selalu bagi komen jika saya tengok muka.Selalunya perkara yang tak dapat saya elak jika saya tengok perempuan dari atas sampai bawah,mulalah saya nak komen lebih-lebih.(P/s :minta maaf kat kaum wanita,perkara sebegini memamg selalu berlaku).

2.Perkara kedua saya suka adalah kegembiraan.Namanya pun dah gembira mestilah seronok.Tapi kalau kita seronok sangat mesti ada sesuatu yang tak seronok akan berlaku selepas keseronokan yang kita akan alami.

3.Saya ada suka seorang perempuan,cantik,menarik,comel dan ayu la juga.Lama juga saya simpan rasa minat pada perempuan tersebut.Tetapi satu hari satu pemandangan yang telah membuatkan saya memadamkan minat saya terhadap perempuan tersebut.Saya tak benci pada perempuan tersebut tapi buat masa sekarang saya dah tawar hati nak pandang perempuan tersebut.Nak tengok pun dah takde selera.

Alamak!panjang pulak artikel ni,saya sign out dulu lah,saya sambung lain kali..

Sabtu, 7 Mac 2009

Projek Semester Akhir lalalala

Tajuk : Level Detector
Bahan : Microcontroller,Sensor,Pam Air,Palang Penyekat Jalan,Lampu Amaran
Tempat Kejadian : Terowong
Huraian Benda Kejadian : Kesan Banjir@Air memenuhi ruang Terowong.

Projek Sem Akhir dah mula.kitorang dah hantar proposal kat lecturer.Kena betulkan flow chart tentang kerja Benda Kejadian di atas.Kepala pening sikit tapi best la jugak,dapat belajar pasal programming,belajar guna hardware dan software.Kitorang rasa kalau projek ni jadi dan dapat masuk pertandingan akhir,kitorang nak pasarkan produk ni.Jangan tak caya sudah.Bereh.Sambung merepek lain kali...lalalala

Ahad, 8 Februari 2009

Tajuk projek akhir yang memeningkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.korang semua,saya dah tak cukup masa nak terangkan lebih lanjut!!
2.Korang yang pandai dan baik hati tolong sumbangkan tajuk projek akhir saya.
3.Kumpulan kami 3 orang,dah bagi tajuk kat lecturer minggu lepas tapi lecturer cakap susah nak buat.
4.Tajuk projek bebas,untuk penambah baikkan alatan yang sedia ada,guna microcontroller,tak boleh pakai PLC,senang dan efisyen.
5.Minggu ni 9.1.2009 kena hantar porposal kat lecturer,so kalau korang rajin bagi cadangan saya kat estsince1988@yahoo.com.

Kelas MUET telah bermula

1.Kelas pertama MUET telah bermula.
2.Saya rasa seronok juga la sebab kawan2 kelas (DTK 5A)ada turut serta kelas yang saya ikuti.Kalau takde kawan kelas confirm la rasa bosan.
3.Memang la nak belajar tak payah nak ikut kawan sangat tapi sekurang2nya kalau ada kawan kelas lebih semangat.
4.Kelas MUET yang saya sertai tu ada campur2 pelajar dari jabatan lain juga spt JKM,JP,JKA dan yang lain2 tak pasti pulak.
5.Lecturer pulak ok la tak serius sangat,ada buat kelakar gak,lecturer girl,melayu,nama dia Pn.Mazlin,so far so good..
6.Dapat buku untuk MUET dan CD untuk bab "Listening".
7.Lecturer bincang pasal format MUET tahun ni berubah sikit.Saya tengok format tahun lepas dengan tahun 2009 ni rasa macam tak hensem pulak.Format karangan yang agak melampau jumlah patah perkataannya.Saya dah la tunggang langgang speaking omputih hehe..
8.Bila waktu dah nak habis kelas MUET tu lecturer bagi latihan writing pulak,suruh buat karangan tak kurang 350 patah perkataan.Mak oi nak cakap tak nak tak boleh,sapa suruh ngada nak daftar MUET kan,padan muka!!hehe muka saya la..
9.Tapi tak pe saya memang nak ambil MUET ni,dengan rela hati,mana la tau ada rezeki nak sambung degree ker.
10.Cuti sabtu,ahad n isnin ni buat karangan MUET tu la.Assignment lain pun berlambak.
11.Ops!!Lupa cakap kelas MUET tu mula pukul 8.00 abis pukul 10.00 jadi duduk dalam kelas rasa lapar giler hehe.
12.Takpelah biar saya teruskan kelas MUET ni dulu,esok lusa kalau speaking omputih saya dah ok ckit2 saya ingat nak try write the article in english pulak.
13.Orang cakap nak try takpe janji berani cuba,sebab bukan semua orang yang speaking omputih betul,kadang2 tu bterabur gila.Kadang2 sebutan pun entah betul entah tidak.
14.Tengok la minggu dpan saya cuba amek gambar situasi perjalanan kelas MUET ok.

Saya yang tulis,

hafiz
estsince1988@yahoo.com
"saya sentiasa berfikir untuk mencapai hari esok"