Memaparkan catatan dengan label diri saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diri saya. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2009

Selasa, 10 November 2009

Ahad, 4 Oktober 2009

HARI BERCAKAP BENAR SEDUNIA


Saya dapat mesej daripada seorang perempuan yang pernah menyayangi saya pada suatu masa dahulu ( mungkin sekarang dia masih menyayangi saya ). Mesejnya berbunyi :

“ Kalau hari ini HARI BERCAKAP BENAR SEDUNIA, apa yang akan awak akan cakap dan beritahu kepada saya?”

Mesej ini memerlukan saya menghantar kepada rakan – rakan yang saya kenali, hanya sebagai untuk mengetahui jawapan yang benar ( saya harap benar lah apa yang rakan -rakan saya balas hehe). Di akhir mesej, perempuan tersebut saya membalas mesej tersebut terlebih dahulu kepadanya sebelum saya menghantar kepada rakan -rakan yang lain.

Mesej yang saya balas adalah :
“ Saya akan cakap dan beritahu kepada awak yang saya sentiasa menyayangi diri awak, tapi bila saya nampak perempuan lain dan perempuan itu suka dekat saya, saya rasa jatuh cinta pada perempuan tersebut..tetapi tiba - tiba awak muncul difikiran saya, saya rasa amat bersalah kepada awak sebab awak sayang sangat dekat saya...”

Saya betul – betul rasa bersalah sebab perempuan tersebut benar -benar menyayangi saya. Pada saya dia seorang perempuan yang sangat setia dan patut dihargai..

saya yang tulis,
hafizemkay.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Secebis Kasih Sayang


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Artikel disalin dan diambil daripada Koleksi-Koleksi Terbaik

Ahad, 30 Ogos 2009

Sepi


Hidup ini terasa sepi apabila hidup kita berseorangan tanpa kawan2 dan ahli keluarga. Kawan pemberi kegembiraan,keluarga memberi inspirasi dan keceriaan. Saya tidak pasti jika ada diantara manusia yang suka hidup bersendirian, tanpa teman hidup, kawan dan keluarga. Saya antara manusia yang sepi tanpa keluarga disisi. Namun saya tetap bersyukur kerana dikelilingi kawan2 yang cukup menggembirakan. Walaupun keluarga jauh dimata namun saya tetap menghargai mereka. Mungkin anda juga perlu belajar menghargai seseorang sama ada kawan2,keluarga atau kekasih. Kekasih?? Mungkin juga kekasih anda adalah penyelamat di waktu anda kesunyian dan sepi..

saya yang tulis,
ep
estsince1988

Sabtu, 23 Mei 2009

Saya ada kawan





Saya ada kawan. Walaupun kawan saya kacak sikit daripada saya, tapi saya kacak banyak hehe. Sebenarnya saya tak kisah pun kawan saya kacak atau tak sebab saya boleh kawan dengan semua orang. Saya sentiasa menerima sesiapa sahaja yang nak dan teringin nak jadikan saya sebagai kawan. Gambar di atas ni adalah gambar kawan-kawan rumah sewa saya atau dalam bahasa omputih diorang cakap housemate. Lagi satu lupa nak bagitau, saya juga tak kisah kawan dengan boy atau girl,muda atau kurang muda, janji kat hati korang ada keikhlasan nak kawan dengan saya.

Pasal umur tak payah nak sebut sebab kawan-kawan saya dalam gambar ni ada yang kurang muda dari saya hehe. Nak kawan dengan saya korang hantar la mesej kat e-mail saya kat estsince1988@yahoo.com..

Wajah manusia hadapi final exam


Apabila menghadapi sesuatu suasana yang mencabar,hendaklah kita menyucikan diri dengan masalah yang sedia ada.Pembuangan rambut tidak kira dari hujung kepala hingga hujung kaki adalah salah satu cara menyucikan diri. Selamat menyucikan diri anda.

Ahad, 8 Februari 2009

Tajuk projek akhir yang memeningkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.korang semua,saya dah tak cukup masa nak terangkan lebih lanjut!!
2.Korang yang pandai dan baik hati tolong sumbangkan tajuk projek akhir saya.
3.Kumpulan kami 3 orang,dah bagi tajuk kat lecturer minggu lepas tapi lecturer cakap susah nak buat.
4.Tajuk projek bebas,untuk penambah baikkan alatan yang sedia ada,guna microcontroller,tak boleh pakai PLC,senang dan efisyen.
5.Minggu ni 9.1.2009 kena hantar porposal kat lecturer,so kalau korang rajin bagi cadangan saya kat estsince1988@yahoo.com.

Kelas MUET telah bermula

1.Kelas pertama MUET telah bermula.
2.Saya rasa seronok juga la sebab kawan2 kelas (DTK 5A)ada turut serta kelas yang saya ikuti.Kalau takde kawan kelas confirm la rasa bosan.
3.Memang la nak belajar tak payah nak ikut kawan sangat tapi sekurang2nya kalau ada kawan kelas lebih semangat.
4.Kelas MUET yang saya sertai tu ada campur2 pelajar dari jabatan lain juga spt JKM,JP,JKA dan yang lain2 tak pasti pulak.
5.Lecturer pulak ok la tak serius sangat,ada buat kelakar gak,lecturer girl,melayu,nama dia Pn.Mazlin,so far so good..
6.Dapat buku untuk MUET dan CD untuk bab "Listening".
7.Lecturer bincang pasal format MUET tahun ni berubah sikit.Saya tengok format tahun lepas dengan tahun 2009 ni rasa macam tak hensem pulak.Format karangan yang agak melampau jumlah patah perkataannya.Saya dah la tunggang langgang speaking omputih hehe..
8.Bila waktu dah nak habis kelas MUET tu lecturer bagi latihan writing pulak,suruh buat karangan tak kurang 350 patah perkataan.Mak oi nak cakap tak nak tak boleh,sapa suruh ngada nak daftar MUET kan,padan muka!!hehe muka saya la..
9.Tapi tak pe saya memang nak ambil MUET ni,dengan rela hati,mana la tau ada rezeki nak sambung degree ker.
10.Cuti sabtu,ahad n isnin ni buat karangan MUET tu la.Assignment lain pun berlambak.
11.Ops!!Lupa cakap kelas MUET tu mula pukul 8.00 abis pukul 10.00 jadi duduk dalam kelas rasa lapar giler hehe.
12.Takpelah biar saya teruskan kelas MUET ni dulu,esok lusa kalau speaking omputih saya dah ok ckit2 saya ingat nak try write the article in english pulak.
13.Orang cakap nak try takpe janji berani cuba,sebab bukan semua orang yang speaking omputih betul,kadang2 tu bterabur gila.Kadang2 sebutan pun entah betul entah tidak.
14.Tengok la minggu dpan saya cuba amek gambar situasi perjalanan kelas MUET ok.

Saya yang tulis,

hafiz
estsince1988@yahoo.com
"saya sentiasa berfikir untuk mencapai hari esok"

Ahad, 30 November 2008

Hobi saya



Ekeleh boleh jalan la manusia,cakap takde hobi,busuk la,yang korang hari-hari pergi menghendap kucing tengah mengawan tu apa benda,saya rasa tu kategori hobi lah tapi nampak macam kurang cerdik sikit.Hobi orang cakap benda berfaedah,benda berfaedah yang dilakukan semasa lapang adalah hobi,saya rasa oklah tu.Rasa malas nak coret panjang-panjang pasal hobi saya,jadi saya tulis dalam point je lah.Hobi saya dimasa lapang adalah :


1. membaca novel yang menarik.

2. melayari internet.

3. duduk di bawah pondok atau pokok yang redup.

4. memerhatikan orang disekeliling.

5. yang paling saya suka,tengok perempuan lalu-lalang,macam-macam gaya.

6. bagi komen pasal perempuan.

7. menghadap komputer,buat kerja apa yang patut(tapi waktu praktikal menghadap komputer hari-hari bosan).

8. korek hidung(jarang buat,tidak dilaksanakan di tempat awam,takde privasi).

9. korek telinga (pakai putik kapas atau pengorek khas.layannn)

10. suka tengok/baca kamus dan setengah maksudnya dihafal.

11. cari software yang menarik di internet.

12. menyanyi lagu entah apa-apa janji boleh buat bising.


Setakat ini je hobi yang ada@ingat, kalau ada lagi saya tambah.Marilah berkongsi hobi anda bersama saya.

Diri saya yang sebenarnya

Semua orang ada impian.Saya pun ada impian.Sini saya nak cerita tentang impian sebenar saya.Dan sebab impian saya ni juga,maka saya terpaksa memutuskan hubungan sayang-menyayangi antara saya (yang manis hehehe) dengan teman istimewa saya(of course la girl).Saya ni bukan jenis manusia yang suka sakitkan hati perempuan.Tapi impian saya yang menyebabkan saya terpaksa meremukkan hati perempuan.(bekas teman istimewa saya tu cantik tau,tapi kalau sapa2 berkenan pergi la ayat sendiri,tak kuasa teman nak mnolong.).Lantaklah,nasi cap rambutan dah jadi bubur McDonald nak buat camner.Impian saya sebenarnya nak abiskan masa menuntut ilmu dulu,sekarang baru nak menghabiskan sisa-sisa diploma yang ada 1 tahun lagi.(sekarang ni 11.45 am 01 December 2008 tengah menunggu masa 12 December 2008,tak sabar nak habiskan masa yang menyeksakan batin ni hehehe).Sisa-sisa diploma ni ingat senang ke?kalau asyik control cun dan ayu habis la korang.Kalau ada rezeki,saya teringin sangat nak sambung ambil 'degree' pulak.Tengok orang berjaya,kita pun nak jugak.Ewah-ewah banyak tak ensem muka korang,nak berjaya sendiri-sendiri..hehehe.Saya pun manusia yang reti buat muka ensem jugak,bukan korang je rasa cute sendiri(alamak,saya tersilap,saya bukan ensem tapi manis).Impian saya setelah dapat sambung degree,mestilah nak abiskan sisa-sisa degree dan nak kerja yang ensem-ensem,tak pun dapat kerja yang cute pun dah ok,janji kerja yang halal dan $ masuk berat terasa hahaha.Zaman sekarang ni kalau setakat buat muka cute ensem tapi $ masuk seberat tungau atau cengkenik jangan mimpilah nak hidup gembira macam patung McDonald yang tersenyum hari-hari tu.Lagi satu,bukan setakat hidup umpama makan tak kenyang,sendawa tak sudah tetapi nak mengayat anak dara pakcik Dollah yang potongan 30-26-28 minta maaf lah,jauh gigi dari gusi orang cakap.Impian saya bukanlah nak hidup mewah sangat,kaya tahap Dato' Deraman Daris A.M.N,PBT,PTPTN,KPTM,bukan begitu,cuma kalau nak bina keluarga sendiri,nak jadikan anak dara pakcik Dollah yang potongan 30-26-28 jadi teman dan suri dalam hati kenalah bersedia daripada zahir dan batin.
Isk2 saya tak faham la manusia sekarang ni,bila sebut batin je mesti ingat yang 'tu'.Yang tu dah ok masih mantain selumber hehehe,tapi batin maksudnya penghayatan dalam diri.Saya rasa sekurang-kurangnya kena ada RM50K dalam simpanan,baru boleh mengayat pakcik Dollah bagi lampu hijau.(Peringatan!!pakcik Dollah takde kena mengena dengan saya ok).Impian yang seterusnya mempunyai keperluan asasi yang mencukupi(korang faham je lah apa keperluan asasi,takkan macam tu pun nak bagitau).Pondok beradu sendiri sekurang-kurangnya kena ada walaupun tak sebesar istana Raja Naramsingh VII,cukup untuk teman hidup dan 5 orang anak saya bernafas.Sebut pasal anak ni,saya rasa cukup 5 orang paling maksimum,kesian la teman hidup saya nak beranak,korang ingat best ke dapat 'seronok-seronok',yang menanggung teman hidup korang tau tak!!Kalau korang tu nak tolong bawa labu sayong mentah tu takpe lah hehehe(jangan marah bukan nak kutuk orang ada bayi dalam perut macam labu).Pendek kata semua impian kita sahaja yang merancang tetapi Maha Pencipta,Allah s.w.t lebih mengetahui segala-galanya.Di bawah ini ringkasan impian saya.Ampun maaf jika tersalah bahasa.Ibarat kata pepatah,makan sikit tak rasa kenyang,makan banyak sakitlah perut..

Impian Saya(yang manis )

1. Habiskan sisa-sisa diploma
2. Sambung degree
3. Dapat kerja yang ensem-ensem.
4. Kumpul $ sekurang-kurangnya RM50K dalam simpanan.
5. Mempunyai aset sendiri seperti asasi dan pondok beradu.
6. Membahagiakan mama papa dan keluarga.(tak tulis kat atas,terlupa)
7. Mencari bakal teman hidup(cari sendiri atau suruh keluarga cari)
8. Melangsungkan majlis yang membolehkan saya dan teman hidup tidur sebantal.
9. Menghasilkan maksimum 5 orang manusia dengan teman hidup.
10. Mengetuai angkatan yang dianggotai seorang teman hidup dan 5 orang manusia dengan jayanya.
11. Menjaga mama papa hingga akhir hayat.
12. Menjaga seorang teman hidup dan 5 orang manusia dengan jaya dan dirahmati Allah s.w.t
13. Menyempurnakan ibadah sebagai makhluk Allah s.w.t yang kerdil.
14. Insyallah akan membahagiakan semua ahli keluarga.